Surat, Gujarat
6 hours ago
add wishlist show wishlist Delete add compare show compare Delete preloader

FREE SHIPPING for order over $300

asid folik

Asid Folik Untuk Apa - Kebaikan Folic Acid Untuk Ibu Mengandung

Asid Folik Untuk Apa - Kebaikan Folic Acid Untuk Ibu Mengandung - iRFA.COM

Asid folik atau Folate merupakan sejenis vitamin B yang boleh didapati daripada makanan. Bahan seperti kuku, rambut dan kulit memerlukan vitamin ini untuk meneruskan proses tersebut.

Asid Folik

Asid folik merupakan bentuk sintetik bagi folate yang ditambah bagi memperkaya zat di dalam makanan seperti roti dan pasta. Folate juga wujud secara semula jadi dalam makanan seperti di dalam kekacang dan sayuran hijau. Namun begitu, kandungan semula jadi folate di dalam makanan biasanya tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh terutamanya bagi wanita mengandung.

Mengapakah Perlu Ambil Asid Folik ?

  • Asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak,Amat penting bagi wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri.

Acid folic untuk ibu mengandung

  • Asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak 🧠atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly ( kepala bayi kecil atau tiada kepala).
  • Wanita yang sedang hamil 🤰atau merancang untuk kehamilan harus mengambil suplemen asid folik sebanyak 400 mcg setiap hari bagi mengelakkan risiko kecacatan pada bayi ini. Sebaiknya, asid folik diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan.

Kebaikan folic acid untuk lelaki dan wanita

  • Mencegah kemungkinan autism pada bayi
  • Bibir dan lelangit rekah (cleft palate)👄
  • Radang sendi seperti rheumatoid arthritis🦴
  • mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia 👁️
  • Kemurungan 😔
  • mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi
  • mencegah masalah gusi 👄
  • meningkatkan kesuburan lelaki & wanita

Tanda tanda Kekurangan Asid Folik

Gejala - gejala kekurangan asid folik pada wanita, atau orang dewasa adalah :

  • Cirit-birit
  • Pertumbuhan uban
  • Ulser mulut
  • Ulser perut
  • Perkembangan tumbesaran terencat
  • Lidah bengkak (glossitis)
  • Keletihan
  • Ulser di sekeliling mulut
  • Lemah daya ingatan dan daya kognitif
  • Mudah marah
  • Hilang selera makan
  • Kurang berat badan

Cara makan asid folik

Dos yang biasa disarankan oleh doktor bagi wanita yang sedang merancang atau pada awal kehamilan adalah 400 mcg setiap hari. Namun bagi wanita yang mengalami masalah kesihatan tertentu mungkin memerlukan pengambilan dalam dos yang lebih tinggi. Sebaiknya, rujuk kepada doktor anda bagi mengetahui dos yang perlu diambil. Asid folik boleh diambil sebelum atau selepas makan. Jika terlupa ambil sebaik sahaja anda teringat. Anda tidak perlu menambah dos jika terlupa mengambil asid folik pada hari sebelumnya dan ambil mengikut dos seperti biasa.